Posts

Showing posts from November, 2025

Sejarah Awal Andalusia

Image
Hasrat penyebaran Islam ke Andalusia telah bermula semenjak Islam memasuki Afrika Utara pada tahun 22 Hijrah atau 644 Masihi. Iaitu 70 tahun sebelum Andalusia berjaya ditakluki. Penyebaran dakwah Islam terus berkembang semenjak zaman Rasulullah s.a.w., khulafa Ar-Rasyidun, Bani Umaiyyah dan zaman seterusnya. Antara tokoh penting yang melakar kejayaan memasuki Andalusia adalah seorang tabien iaitu generasi yang sempat bertemu Sahabat tetapi tidak sempat bertemu Rasulullah yang bernama Musa bin Nusair. Dia dilahirkan pada tahun 19 Hijrah di Damaskus.   Sepanjang hidupnya dia melalui beberapa zaman pemerintahan serta peristiwa penting seperti pembunuhan khalifah Uthman bin Affan dan peperangan Siffin antara khalifah Ali dan Muawiyah bin Abi Sufyan. Ibnu Khalikan mencatatkan tentang Musa bin Nusair dengan mengatakan, “Dia seorang yang cerdas, berakhlak mulia, berani, wara dan bertaqwa kepada Allah. Pasukannya tidak pernah kalah.” Hubungan Musa bin Nusair dengan Muawiyah sangat erat nam...