Posts

Showing posts from February, 2026

Misi Bani Umayyah ke Perancis

  Misi Bani Umayyah ke Perancis As-Samh bin Malik Al-Khaulany yang telah dilantik menjadi gabenor. Dia adalah   seorang panglima yang hebat dan berani. Tugas utamanya sebagai gabenor adalah menyebarkan Islam ke Perancis. Lalu dia telah memimpin satu pasukan tentera Muslim pada awal abad ke 8 sehingga berjaya menguasai Narbonne, Béziers, Agde, Lodève, Maguelonne (Montpellier) dan Nîmes.   Seterusnya dia kembali ke Sepanyol untuk mengumpulkan lebih banyak pasukan untuk misi serangan ke kota yang dikuasai oleh Nasrani iaitu Toulouse ibu kota Octavia yang memiliki pertahanan kuat. Kota ini sukar untuk dikuasai kerana mempunyai persenjataan dan kekuatan tentera yang ramai. Pertempuran hebat telah berlangsung di Toulouse, pasukan tentera Muslim hampir menang. Namun Raja Octavia telah mendapatkan bantuan dari Eropah dan terjadilah pertempuran yang lebih hebat.   As-Samh bin Malik Al-Khaulany sebagai ketua panglima bergerak dengan pantas di bahagian hadapan untuk menghadapi ...